Monday, November 22, 2010

Haziq MD

Nama saya Haziq MD. Dilahir di Hospital Kemaman. Bercita- cita menjadi Doktor Haiwan. Kegemaran saya membaca komik Doraemon semasa lapang.saya suka makan mee goreng.saya suka main bola sepak.Lagu kesukaan saya ialah Maher Zain.

Friday, November 19, 2010

Masjid Kampung Tuan Kemaman

Bagi mengkaji monumen lama sebelum abad yang ke 20, menjurus kepada penubuhan Masjid Kampung Tuan, seni bina masjid dan perkaitan pengaruh yang ditampilkan dari senibina masjidnya, beberapa perkara  perlu dikaitkan dengan sejarahnya.  Bab ini akan membincangkan tentang 6 perkara penting iaitu latar belakang kajian, sejarah awal kedatangan Islam di Terengganu, sejarah Kemaman sepintas lalu, sejarah Kampung Tuan, keadaan geografi Kampung Tuan dan peta lokasi kajian.
Sebagaimana menyelusuri konsep Masjid Kampung Tuan itu sendiri ialah bangunan Islam yang didirikan sebagai tempat melakukan ibadat kepada Allah s.w.t. Masjid juga sebagai pusat yang memberi pelajaran yang bersangkut paut dengan ajaran agama Islam, malahan bangunan masjid disifatkan sebagai simbol kepada syiar Islam.[1]Masjid bukan sahaja dikenal sebagai tempat bersolat malahan tugas atau fungsi sebenar masjid ialah lebih luas. Masjid Kampung Tuan telah gunakan sebagai tempat bermesyuarat bagi menyelesaikan masalah baik yang berkait dengan kebudayaan penduduk  Islam Kampung Tuan , pendidikan, sosial, ekonomi seterusnya pemerintahan setempat.

 

Salam Perkenalan

Salam Perkenalan dari Kuala Kemaman Boy